Ingin tahu gelagat lucu yang ditunjukkan oleh UMNO@Perkasa ketika meminta berjumpa dengan pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk tujuan menggantikan cek dermaan YB Teo dengan wang tunai RM1000 daripada mereka? Bacalah artikel blog ini:
http://drshafie.blogspot.com/2010/08/isu-surau-mempopularkan-ybteo-perkasa.html
Anekdot:
BBB, 18 Ramadhan = 28 Ogos (Sabtu):
Selepas mesyuarat kawasan pada tengahari itu aku berkata, "Tujuan Utusan mencetuskan isu Surau Al-Huda dengan Y.B.Teo tak kesampaian, bahkan makin menampakkan tembelang mau mengexploitasi kemarahan orangMelayu." Kawan yang masih di meja mesyuarat menambah, "Bukan saja tidak kesampaian, tetapi menunjukkan kejahilan tentang Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010 !"
Seorang kawan lagi yang masihberdepan dengan fail mesyuarat mencelah,"Yang aku hairan mengapa kepimpinan dua institusi agama di Selangor itu cepat melatah ! Keras dan tidak teliti terus menurut rentak yang dimainkan Utusan ?"
"Ah memang, orang kenal arah mereka. Ada peluang terus ambil kesempatan !"Celah seorang ahli mesyuarat lain. "Kalau nak kata tak boleh ruang sembahyang dimasuki bukan Islam, termasuk perempuan, mengapa dibenarkan berlaku di masjid Negara dan Masjid Negeri ?", Tanya kawan.
Aku menambah, "Ada silapnya Y.B.Teo, dia seharusnya memahami nilai Islam dan budaya mesyarakat Melayu, supaya tidak diexploitasi untuk menarik kemarahan orang Melayu. Seeloknya majlis dibuat di bahagian luar !"
"Tapi dia datang sekejap waktu malam lepas tarawih, macam mana nak dibuat diluar, gelap ! lagi pula dia bukan bertazkirah. Dia datang menyerah cekuntuk membaiki pagar dan cakap tentang prehatin kerajaan Selangor tentang pendidikan !"
Selepas kami mesyuarat Y.B. Teo datang diiringi beberapa pengiringnya. Selepas tiba dia menyatakan,"Kehadirannya untuk mendapat pandangan dari kami."
Beberapa orang dari kami menerangkan kepadanya, apa yang kami bincangkan - agenda tambahan, isu berhubung dengannya. Dia berterima kasih dan menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil dan mengharapkan pandangan dari kamiakan diberi.
Kami berpendapat, peristiwa ini sebagai pengajaran, semua pihak perlu berhati-hati dengan isu yang boleh menyentuh sensitiviti kepercayaan dan kaum.
Pada tengahari itu, aku dimaklumkan oleh pihak seorang AJK tentang satu rombongan dari Perkasa datang ke Surau Al-Huda di Kajang Sentral. Mereka sasa dan bengis.
AJK itu bertanya tujuan kehadiran mereka. Secara keras mereka menjawab, mereka mau menemui Pengerusi Surau Al-Huda." Secara sinis AJK itumenjawab, "Mana ada Pengerusi, bukankah semua jawatan sudah digantungkan ?"
Terkejut ketua rombongan, kerana sedar tentang kejahilan mereka tentang duduk perkara !. AJK itu bertanya, "Tujuan mau jumpa ?"
"Kami mau gantikan cek RM1,000 Teo, dengan peruntukan dari kami !"
Jawab AJK, "Surau berhampiran, juga perlukan bantuan ! Dapatkah diberi peuntukan ?"
"Tak boleh," jawab Ketua rombongan.
Kalau begitu tunggulah Pengerusi !" kata AJK itu.
Pada masa itu Bilal di sebuah lagi surau berdekatan bang, mereka dijemput oleh AJK sama berjemaah. Apa yang dinamakan Pengerusi tak ada. Mereka terkial-kial dan tidak menyertai jemaah dan blaah !
Nampaknya Perkasa sebenarnya tidaklah perkasa dari segi minda !
Petang itu dari berita diikuti, Pemuda Umno pula datang menghantar memorandum mau menemui Y.A.B. Menteri Besar. Sasaran mereka juga tidak betul.Mereka jadi alat !
Yang pasti Y.B. Teo makin mendapat publisiti !
Pada petang itu sekali lagi aku jumpa Y.B. Teo di Taman Tun Perak menyampaikan bantuan faqir-miskin dan dia berbuka bersama rakyat. Y.B.Teo kali ini berbaju kurung dan berselindang. Dia nampaknya mulaimenghayati budaya Melayu !
Sekian.
0 Comments