Ad Code

Kenapa Utusan dan UMNO melancarkan serangan ke atas MP Serdang Teo Nie Ching?

Kenapa Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO tiba-tiba melancarkan serangan habis-habisan ke atas MP Serdang yang berasal dari DAP?

Di antara sebabnya adalah, DAP melahirkan wakil rakyat yang betul-betul mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan ini dipandang sebagai ancaman oleh pemimpin BN/UMNO yang angkuh, sombong dan hanya muncul di kalangan rakyat semasa musim pilihanraya dan pilihan kecil.

Maka dengan melempar fitnah yang berbentuk agama menjadi jalan mudah bagi Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO untuk menakutkan masyarakat kaum bumiputera yang semakin menerima perwakilan rakyat dari kaum bukan bumiputera.

Setiap kali apabila timbulnya kes korupsi dan skandal di kalangan pemimpin politik BN/UMNO, mereka menuding jari ke hidung DAP dan masyarakat bukan bumiputra dengan dakwaan bahawa kebangkitan mereka mengancam status ekonomi kaum bumiputera, mereka tidak peka terhadap adab kaum bumiputera, mereka tidak menghormati ugama Islam dan sebagainya.

Tetapi persoalannya, siapakah yang telah membazirkan wang rakyat jelata? Siapakah yang telah menyalurkan wang rakyat ke dalam pocket sanak-saudara dan kroni-kroni sendiri sehingga Malaysia menghadapi krisis bankrap pada tahun 2019 menurut Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala? Siapakah yang tidak menghayati ajaran ugama Islam dengan membuat fitnah yang tidak masuk akal terutamanya ketika Bulan Ramadhan yang menyanjung nilai saling bermaaf-maafan?

Adakah Ahli Pahlimen Serdang melawat surau untuk memancing undi? Ataupun beliau telah lama berkhidmat untuk rakyat dari latar belakang kaum, agama dan lapisan masyarakat yang berlainan sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada bulan Mac 2008 yang lalu?

Saudara-saudari sekalian boleh membuat penilaian sendiri dengan membaca blog beliau yang merekod jadual perkhidmatan seharian beliau sepanjang dua setengah tahun beliau menjadi ahli parlimen:-

http://www.wretch.cc/blog/teonieching

Post a Comment

0 Comments