Ad Code

[公益广告] Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik -Keberkesanan dan Cabaran untuk Merealisasikan Hubungan Etnik Rapat

Rasional:

Dengan pengenalan Modul Hubungan Etnik pada 23 Januari 2007, respon daripada golongan masyarakat agak berbeza dibandingkan dengan reaksi yang terhadap buku teks UPM yang kontroversial itu. Respon yang memberangsangkan banyak disiarkan di media arus perdana. Ia seolah-olah menunjukkan Modul yang dihantar kepada Kabinet itu telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

  • Apakah keberkesanan Modul ini dalam merapatkan hubungan etnik di Malaysia?

  • Sejauh manakah proses konsultasi dibuat dalam proses mengeluarkan modul ini?

  • Apakah posisi yang diambil oleh penulis modul ke atas isu-isu yang dikatakan “sensitif” atau “kontroversial”?

  • Apakah dengan mengelakkan isu-isu tersebut, keharmonian antara kaum dapat dipupuk?

Kesemua pertanyaan ini akan diperbincangkan dalam Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik yang dianjurkan oleh Youth for Change (Y4C), bersama-sama dengan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Cara-cara penyelesaian yang menyeluruh terhadap hubungan etnik yang semakin teruk seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri adalah penting. Namun itu, tanpa penglibatan daripada masyarakat umum dalam penyediaan modul, matlamat untuk menyediakan modul yang sebenar tidak akan dicapai.

Oleh itu, penglibatan daripada masyarakat akan mendorong pencapaian hubungan etnik yang benar-benar memanfaatkan kesemua pihak.

Semua dijemput hadir! PERCUMA!!!

Tempat : Auditorium, Selangor Chinese Assembly Hall (SCAH), near Stesyen Monorail Maharajarela
Masa: 8.00pm-10.00pm
Bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris


Forum I: Sejauhmanakah Modul Hubungan Etnik Mewujudkan Keharmonian Masyarakat?

Tarikh: 6 March 2007 (Selasa)

1) Prof Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Penyelaras Modul Hubungan Etnik, Pengarah ATMA, UKM)

2) Dr.Syed Husin Ali (Tim. Presiden KeADILan, Bekas Prof. Sains Kemasyarakatan UM)


Forum II: Apakah Pandangan Anak Muda Terhadap Modul Hubungan Etnik?

Tarikh:13 March 2007 (Selasa)

1) Sdr. Khoo Kay Peng (Pengarah Eksekutif Think Tank SEDAR)

2) Sdr. Ramadhan Fitri Ellias (Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, UM)

3) *Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Forum III: Adakah Modul Hubungan Etnik Menggalakkan Penyertaan Masyarakat Sivil?

Tarikh: 20 March 2007 (Selasa)

1) Sdr. Lee Ban Chen (Chinese educationer, Kolumnis semasa )

2) Sdr. K. Arumugam (Penulis buku “March 8” yang diharamkan baru-baru ini, Pengerusi Malaysia Tamil Education Research & Development Foundation)

3) Sdr. Hishammuddin Rais (Aktivis sosial, Kolumnis semasa, Bekas pemimpin mahasiswa 70-an yang terkenal)


Forum IV: Adakah Hubungan Etnik Mesra Satu Impian Jauh?

Tarikh: 27 March 2007 (Selasa)

1) *Prof. Johan Saravanamuttu (Bekas Prof. Sains Kemasyarakatan, USM)

2) *Dr. Sumit Mandal (Ahli Penyelidik IKMAS, UKM)

* Tentatively

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungi Sekretariat Y4C (03-77831164) atau Lee Khai Loon (013-3970519) atau Chua Yee Ling (012-7355025) atau emel kepada y4c2006@gmail.com

Post a Comment

0 Comments