Ad Code

Permusuhan antara kaum di Malaysia: Isu pengagihan ATAU isu kelembapan pentadbiran?

I have some discussions with Malays in BM Cari Forum lately with regards to the issue whether non-bumiputera especially Chinese has demanded too much from the government,below is my opinion written in BM:

Saya dan rakan-rakan saya tidak menyalahkan kaum Melayu untuk suasana ketegangan di antara kaum yang semakin meruncing, tetapi kami menyalahkan Dasar Pecah dan Perintah yang berorientasikan mentality ZERO-SUM GAME -- di mana kita buat andaian, bila Cina mendapat hak yang dituntut, Melayu mesti rugi.

Tetapi adakah andaian ZERO-SUM GAME ini betul?

Apa yang dituntut oleh ibu bapa Cina yang juga mencari rezeki dengan susah-payah seperti ibu bapa Melayu ialah anak-anak mereka yang mendapat 9A, 10A boleh mendapat biasiswa dan diterima masuk ke Institusi Pengajian Awam seperti pelajar-pelajar cemerlang kaum bumiputera.

Adakah tuntutan ini keterlaluan? Saya rasa tidak.

Saya rasa kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan kaum Cina yang paling rendah tahap ini bukan kerana keperluan Melayu belum lagi dijaga, tetapi kerana kes rasuah dan ketidak upaya mengurus sumber awam dengan berkesan menyebabkan kerajaan mengalami defisit kewangan.

Apabila defisit yang berlaku sebab budaya cronyism, nepotism, corruption berlaku, kerajaan mula memotong subsidi dan keperluan Melayu yang basic juga tidak dapat dijaga. Pada waktu yang sama, apabila kaum Cina dan India turut membuat tuntuntan yang sama, mereka kan dikecam oleh politikus UMNO dan wira PERKOSA sebagai kaum-kaum penumpang yang keterlaluan. Dengan gimik-gimik politik perkauman ini, BN/UMNO dapat menafikan tuntutan kaum Cina dan India sekaligus terus berlakon sebagai pejuang kaum bumiputera dan meraih sokongan majoriti daripada mereka.

Apa yang menyedihkan ialah sentimen perkuaman yang ditimbulkan daripada ZERO-SUM mindset ini boleh menanamkan benih bermusuhan sesama golongan muda Melayu, Cina dan India. Dan pergaduhan yang lebih kerap mungkin berlaku.

Sampai bila kita, rakyat berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia kena terus menerima dan akur kepada taktik UMNO, MCA dan MIC ini terutamanya apabila mereka menghadapi skandal ketidakberkesanan dalam menguruskan sumber dan harta awam dan sengaja mencari kaum bukan bumiputera sebagai scapegoat kegagalan pentadbiran kerajaan BN?

Saya cukup khuatir dan kecewa.

Saudara dan saudari sekalian,

Tuntutan kaum bukan bumiputera tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan BN/UMNO bukan suatu isu AGIHAN SUMBER SECARA SAMA RATA; TETAPI SATU ISU KEGAGALAN KERAJAAN BN UNTUK MENTADBIR DAN MEMBANGUN NEGARA SERTA MENCIPTA MODAL DENGAN BERKESAN.

Jika kerajaan BN dapat mencipta modal dan menambahkan sumber awam dengan berkesan, buat apa ia tidak dapat memenuhi keperluan setiap kaum dengan adil dan saksama?

JAWAPANNYA:
1) Pentadbiran kerajaan kita lembap
2) Budaya rasuah, cronyism dan nepotism yang hanya menguntungkan BNPutera dan UMNOPutera telah mengosongkan/menanduskan sumber awam negara kita sehingga Malaysia mungkin menghadapi krisis bankrap pada tahun 2019

Post a Comment

1 Comments

lkf said…
正确的方向。请继续努力。