Ad Code

转载:巫统到底害怕什么?

每一种语文是一扇窗口。要和其他族群沟通,要向其他族群传达你的看法,在他不懂你的语文的时候,不妨尝试用他的语文跟他说。

早上在中文佳礼论坛看到了正经文教版版主辉文所发表,关于巫统为何要在国立大专推出种族关系课程的分析,觉得蛮不错的,便帮他做了马来文翻译。翻译得不好,请各位不要见怪,辉文的中文和马来文版本的评论分别如下:

文章题目:巫统到底害怕什么?
文章出处: http://chinese.cari.com.my/myforum/viewthread.php?tid=606318&extra=page%3D1

这次大胆写这个标题,主要是观察到近期的巫统的表现。因为我发现巫统把自己势力加进大学校园里,办种族关系课程,可以表现巫统胆怯无能的一面。

到底,我想知道巫统到底害怕什么?假如巫统没害怕什么的话,为什么迫不极待的在大学办种族关系课程,告诉人家513事件是反对党造成,2001年格斗是印裔造成,诉求工委会是极端分子等呢?然后在课程内容里面不断的美化自己。我想知道原来巫统所谓向东(日本)学习,原来就这么一回事情呀?!

统这次在种族关系课程里不断的歪曲历史,然后美化自己。主要告诉大家,他们害怕自己会失去权力;因为他们暗斗危机即将发生。他们害怕不再得以人心,阿都拉首相地位不保。他们更加知道,自己才是极端分子,分裂种族是他们造成,发表极端言论也是他们,他们害怕受千夫所指,所以才借机会,把自己的错误推给其他人,然后美化自己,再神化自己。

大家不要忘记,除了种族关系课程,还包括之前某教师参与公务员课程的时候不也发生相同的事情吗?还有听过本人的学弟到私立大学,学院上LAN的马来西亚研究,也听到一些讲师不断歪曲国家历史,内容也和种族关系课程一样,但偏偏那位讲师是华人哦。

如果是借机会提升种族之间了解,当然不反对办这课程。但是所谓的醉翁之意不在酒,就知道巫统真正目的是什么。如果巫统是良好的党的话,良好的领导政府的话,又何必害怕敌对党的竞争,人民的抛弃呢?甚至又何必往自己的人(民政党)插了两刀呢?

高教部长竟然说这个课程所说的是事实,那我们也在这里说实话吧,是否高教部长上来这里领教事实呢?诉求事件其实是老马自己认同的,记者们都有笔录和录音。但是老马却在大选后转口指责诉求工委会是极端。那么敢问老马自己本身,为什么不告诉人家你在撒谎话呢?

高教部长说,若学生质疑课程内容,可以公开与讲师辩论。好,没问题,大家就去干吧。只怕,我会每天带水果到牢房探望我的学弟,还有一些质疑课程内容的讲师。那请问高教部长,你说学生可以公开与讲师辩论种族关系课程,为什么我必须到牢房探望我的学弟呢?因为你根本就是忘记还有大专法令还有其他法令。如此一来,谁敢和讲师辩论呢?但我相信,仍然有敢死队敢这么做。只怕,高教部长一言又会被控告公开撒谎而已。

无论如何,巫统这次表现显示他们的胆怯。因为他们可以向大家撒谎,来掩饰他们的胆怯。他们可以使用任何法令来禁止人们说真话,或对他们指责。他们甚至对权力的贪恋,不舍得放下。希望百年世纪都是巫统天下,"流芳百世"。我说,巫统,该醒醒吧,不要发白日梦,做点实际东西来好好反省。假如你是好政党的话,没人会责怪你,就因为你有不良记录,所以人民才痛恨你。你不必学日本右翼分子掩盖历史来掩饰你的胆怯,这不是你应该向东(日本)学习的做法。

------------------------------------------------

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh UMNO?

Jarang sekali saya berani menanya soalan yang melibatkan kuasa gergasi ini secara terbuka. Tapi kini, saya tidak lagi dapat bersabar kerana saya mendapati perbuatan UMNO sudah melampaui batas. Semakin ghairah UMNO memperkenalkan modul pengajaran Hubungan Etnik di institusi-institusi pengajian tinggi awam, semakin terdedahlah kepada kita ketakutan UMNO yang kian membara.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh UMNO? Kalau bukan dihantui oleh ketakutan dan ketidaktentuan nasib, kenapa UMNO begitu tergesa-gesa untuk memperkenalkan modul pengajaran Hubungan Etnik di seluruh institusi pengajian tinggi awam di negara ini di mana isi kandungannya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan bahawa peristiwa 13 Mei adalah dibangkitkan oleh parti pembangkang; peristiwa Kampung Medan 2001 adalah ditimbulkan oleh belia kaum India; Jawatankuasa Suqiu dan Dong Jiao Zong adalah golongan ekstrimis; serta hujah-hujah retorik yang mengangkat-angkat imej UMNO? Adakah menyunting fakta sejarah dengan pandangan yang berat sebelah inilah hasil daripada usaha yang dilakukan di bawah polisi "Pandang Ke Timur" (di mana negara Timur yang kita contohi, Jepun sudah kian lama terkenal dengan sikapnya yang asyik menafikan jenayah perperangan yang pernah dilakukannya semasa Perang Dunia Kedua) ?

Tujuan UMNO memasukkan fakta-fakta sejarah berat sebelah yang memburuk-burukkan nama parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan dan kaum-kaum tertentu serta hujah-hujah yang membesar-besarkan bakti UMNO terhadap bangsa dan negara ke dalam isi kandungan modul pengajaran Hubungan Etnik adalah untuk mengambil hati generasi intelektual muda pada ketika ini yang sungguh tidak berpuas hati dengan pertempuran politik yang menjijikkan di dalam UMNO. UMNO mengetahui ia sendiri yang selalu mengeluarkan hujah-hujah dan tuduhan-tuduhan kasar dan radikal yang tidak berasas, ia sendiri yang menggunakan segala taktik dan helah untuk memecahkan perpaduan antara kaum. Jadi, sebelum agenda-agenda politik kotor UMNO ini dihebahkan kepada rakyat jelata, UMNO berpendapat adalah lebih baik ia menuduh pihak lain yang melakukan segala dosa ini sementara melabelkan diri sebagai yang mulia dan suci!

Sebenarnya, selain daripada kontroversi modul pengajaran Hubungan Etnik di IPTA ini, kursus-kursus wajib yang diikuti oleh kakitangan-kakitangan kerajaan juga mengandungi fakta-fakta sejarah berat sebelah yang serupa. Saya difahamkan bahawa rangka kursus-kursus tersebut adalah disediakan oleh Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Kalau kerajaan yang diterajui oleh UMNO benar-benar menyediakan modul-modul pengajaran yang betul-betul dapat meningkatkan kesefahaman antara kaum dan mengeratkan hubungan sesama golongan etnik yang berbeza, tiada mana-mana individual, kumpulan, kaum, parti yang akan membantah perkenalan modul pengajaran tersebut di institusi pengajian tinggi. Kalau UMNO benar-benar mempunyai niat yang baik untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, kenapa UMNO harus takut untuk menjawab pertanyaan terhadap isu-isu ini yang dikemukakan oleh parti pembangkang dan rakyat jelata?

Apa yang menyedihkan saya ialah, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mendakwa bahawa fakta-fakta sejarah yang dicatatkan dalam modul pengajaran Hubungan Etnik di Universiti Putra Malaysia adalah fakta-fakta yang sah dan benar. Jikalau Datuk Mustapa ingin bercakap dan mendengar perkara yang sebenar, mari kita mengimbas kembali peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Medan 2001 dan tuntutan Suqiu 1999 yang berlaku pada suatu ketika dahulu.

Adakah peristiwa 13 Mei betul-betul seperti mana yang dikatakan dalam modul pengajaran yang dipakai oleh UPM di mana tragedi ini adalah disebabkan oleh provokasi perarakan yang diketuai oleh DAP? Adakah peristiwa Kampung Medan 2001 adalah ditimbulkan oleh pemuda kaum India seperti mana yang ditulis dalam modul itu? Adakah tuntutan Suqiu pada tahun 1999 benar-benar ialah tuntutan ekstrimis di mana Perdana Menteri pada masa itu Dr Mahathir bersama semua komponen parti Barisan Nasional secara terbuka telah bersetuju untuk menerima pandangan tuntutan Suqiu?

Semasa sidang akhbar, Dr Mahathir sendiri yang mengumumkan keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional bersetuju untuk menerima tuntutan Suqiu, tetapi selepas memenangi pilihan raya tahun 1999, Dr Mahathir pula tidak memegang kepada kata janji yang disuarakan oleh dirinya sendiri, malah mengkritik tuntutan Suqiu sebagai tuntutan ekstrimis! Kenapa modul pengajaran tidak mencatatkan sifap tidak memegang janji benar-benar berlaku yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir? Sampai sekarang, apa yang pernah dikatakan oleh Dr Mahathir masih dicatat dan disimpan dalam rekod kaset dan video pemberita-pemberita.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kalau mahasiswa-mahasiswa mempertikaikan isi kandungan yang diajar dalam modul pengajaran Hubungan Etnik, mereka boleh membahaskan fakta-fakta yang tidak disetujui dengan pensyarah. Saya ketawa apabila membaca kenyataan Datuk Mustapa ini, kerana janganlah kita melupai mahasiswa-mahasiswi sudah lama dibelenggui oleh Akta Unversiti dan Kolej Universiti dan undang-undang lain yang mengongkong kebebasan bersuara mereka. Malah, pada masa yang sama, para mahasiswa dan ahli akademik institusi pengajian tinggi awam juga dikongkong oleh syarat-syarat Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh mereka!

Walau bagaimanapun, secara tidak sengaja, UMNO telah mendedahkan sifat penakutnya. UMNO menggunakan bohong dan propaganda sebagai tirai untuk menutupi emosi ketakutannya.UMNO memperalatkan undang-undang dan akta-akta yang ketat untuk membisukan orang ramai yang ingin menyuarakan kebenaran dan membuktikan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh UNMO. UMNO begitu ketagih dengan kuasa dan nama sehingga sanggup melakukan apa jua untuk terus berkuasa dan berleluasa.

Saya ingin menasihati UMNO supaya sedarlah diri daripada segala mimpi yang memudaratkan diri dan rakyat jelata. Kalau UMNO benar-benat satu parti politik yang baik, jujur dan berbakti, tiada rakyat yang akan merasa benci terhadapnya. Semua dendam rakyat terhadap UMNO adalah semata-mata disebabkan oleh rekod-rekod buruk yang dilakukan oleh UMNO sendiri!

UMNO kena ingat, segala percubaan untuk memadamkan sejarah kekejaman dan kesalahan yang pernah dilakukan akan tersia-sia dalam dunia moden ini yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi komunikasi dan interaksi.

Post a Comment

0 Comments